Cikumi-Katu Blog: March 2009

Tuesday, March 31, 2009

PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT



Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -

1) NOMBOR KECEMASAN
- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )



2) KERETA TERKUNCI
- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda..Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya
.


3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .


4) TELEFON KENA CURI
- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya

tentang hati...

Nah, ambil la benda ni.
Apa ni?
Ini adalah hati. Hati aku.
Hati kau? Hmm.. kenapa kau sudi kasi kat aku?
Sebab kau dah jadik sebahagian dari aku.
Kau lebih dari seorang kawan.
Terima kasih... . ianya bererti. Aku terlalu
menghargainya.
Oh ye ke... tapi maaf.
Untuk apa?
Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya.
Cuma sebahagian saja...

Maksud kau?
Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga.
Dan aku tak pernah beri kesemuanya. Aku
takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri.
Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga
dengan sebaik-baiknya. Ianya bukan seperti
barangan lain seperti duit, permata dan
sebagainya. Hati ini penuh mistik, ada
keajaiban yang tersendiri.

Mistik? Kelakar bunyinya...
Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya.
Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau.
Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika dia
betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar.
Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan
malap. Mungkin akan terus mati untuknya. Ianya
bukan satu benda yang percuma. Hati ini diberi hanya
kepada insan yang terpilih sahaja. Insan yang istimewa.
Dan kau adalah salah seorang daripada mereka, kerana
naluri aku terlalu percayakan kau.

Aku insan terpilih?
Ya, kau yang terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar
mengikut perasaan orang yang diberikan. Ianya
terlalu sensitif. Tapi ianya cukup kebal dan kental
pada musuh aku. "Musuh", mungkin terlalu kejam untuk
aku memperkatakan perihal mereka ini. Ianya tak
berubah-berubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi
pada orang yang istimewa.


Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada orang
yang tidak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya
pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan dengan penuh
kelukaan. Ada yang sudi berikan sebahagiaan hatinya
pula sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu, setiap hati
manusia ada nilai yang tersendiri. Setiapnya terlalu
mistik!

Cuma satu saja yang kau tak mengerti. Sekali hati itu
terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Ada
kalanya, mengambil masa yang lama untuk itu.
Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin
pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika...
sehingga hatinya pulih seperti sediakala.
Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ianya
lahir atas satu kepercayaan. Dari situ, wujudlah kasih
sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka sukarlah untuk
hati itu kembali indah.